Disebabkan virus boleh disebarkan sebelum seseorang menunjukkan gejala, mengelakkan dari dekat dengan orang yang batuk, selesema atau demam mungkin tidak membantu sepenuhnya. Maka adalah baik untuk kita mengamalkan nasihat strategi kesihatan awam iaitu jarak sosial. Ianya dapat mengelakkan jangkitan antara orang yang sihat dan penyebar senyap. Jangan jadi penyebar senyap.
Putuskan Rantaian Covid-19
Amalkan langkah pencegahan untuk elakkan jangkitan COVID-19. Bantulah Malaysia putuskan rantaian COVID-19.
Penghargaan Buat Adiwira One Medicare
1,800 orang warga kerja One Medicare Sdn Bhd di 23 buah hospital di seluruh Sarawak yang berusaha siang dan malam membantu pesakit dan membendung penyebaran jangkitan virus baharu ini. Mereka ini terdiri daripada Operator Pembersihan, Porter, Pekerja Bahagian Linen dan Pendobian, Pemandu Lori Sisa-sisa Klinikal dan Technician telah bersengkang mata, berjauhan daripada keluarga, mengambil risiko melaksanakan tanggungjawab mereka dan berkhidmat untuk omuniti bagi mengekang terus tersebarnya jangkitan virus berkenaan.
Stay At Home
Stay At Home dan Amalkan langkah pencegahan untuk elakkan jangkitan COVID-19. Bantulah Malaysia putuskan rantaian COVID-19 dengan Duduk Di Rumah